slideshow surau SKB

Tuesday, November 12, 2013

JOM PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM ....

PUASA 9 & 10 MUHARRAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT BERPUASA...

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."

(Riwayat Muslim)

---------------------

Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)

---------------------

Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya."

(Riwayat Imam Ahmad)

p/s : Kalau tidak dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram... Tidak semestinya berpuasa berturut-turut 9, 10 dan 11 Muharram tu... Asalkan digandingkan dengan 10 Muharram itu pun sudah memadai... Semata-mata hanya untuk membezakan puasa dengan orang Yahudi...

13 November 2013 = 9 Muharram 1435
14 November 2013 = 10 Muharram 1435
15 November 2013 = 11 Muharram 1435

SELAMAT BERPUASA SUNAT