slideshow surau SKB

Tuesday, July 16, 2013

HIKMAH PUASA

1- Ketibaan Ramadan umat islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat  tulus ikhlas . Ini dilakukan dengan niat semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah . 

2- Dengan diwajibkan berpuasa, semua semua golongan islam , kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama . Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat manusia. 

3- Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Alllah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan . 

4- Dari segi kesihatan , perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi . 

5- Puasa itu disifatkan oleh Rasullulah saw sebagai separuh daripada kesabaran . 

6- Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-doa kecil .  

7- Kedatangan Ramadan ada keistimewaanya kerana dianjurkan ibadah solat tarawih, disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu inan muslim yang lain, khususnya mereka ynag daif . 

8- Riwayatkan sebuah hadis daripada Nabi Muhammad saw : bermaksud " Sesiapa berpuasa ramadan dengan penuh keimanan , mengharapkan balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu ."

9- Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga , ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan .

10- Malan Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman . 

11- Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan ) ganjaran pahalanya daripada Allah swt .

Petikan : Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" halaman 150 Dato' Ismail kamus 

Tuesday, July 9, 2013

Tazkirah Ramadan

Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan”.

Pinta & Doa - el suraya

اهلا يا رمضان

Wednesday, July 3, 2013

Kelebihan Solat Dhuha.... jomm!!






Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari
(anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat (sekurang-kurangnya)


Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (atau mana-mana surah)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha (atau mana-mana surah)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Tuesday, July 2, 2013

Ceramah Israk wal Mi'raj

Sambutan Israk wal Mikraj telah diadakan pada hari jumaat, 21 jun 2013 yang lepas. pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah oleh ustaz Khairul Anuar Ayob, pertandingan mewarna, kuiz dan lain-lain lagi. Semoga sedikit sebanyak ia boleh memberikan input, pengajaran dan ibrah kepada anak-anak skb.
GB skb, En Jafri bin Othman sedang melancarkan sambutan Israk wal Mikraj
Ustaz Khairul Anuar Ayob sedang menyampaikan ceramah Israk Mikraj


Pertandingan Mewarna




Kuiz spontan dan penyampaian hadiah


Anak-anak PRA Sekolah tidak ketinggalan