slideshow surau SKB

Tuesday, October 7, 2014

Ceramah Sempena Aildil Adha 2014

Pada Jumaat 3 Oktober yang lepas, SKB dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah mengadakan ceramah sempena aidiladha bertempat di Dewan SKB.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Sobihah binti Hj Hassan, salah seorang guru GPI SKB. Ceramah ini menyingkap sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anakanda baginda Nabi Ismail a.s yang diuji dengan sebesar-besar ujian iaitu menyembelih darah daging sendiri.

Murid-murid dapat pengajaran yang amat beerti melalui sikap akur perintah terutamanya apabila ia datang daripada Allah swt. tanpa banyak soal.

Moga muird-murid SKB mendapat input dan pengajaran yang amat berguna untuk dijadikan panduan hidup dalam menjalani kehidupan sebagai seorang murid juga sebagai seorang anak di masa depan....In sya Allah!



Salam Aidil Adha 2014


Lafaz Takbir


Thursday, August 21, 2014

Al-Faatihah untuk MH17

Pada pagi Jumaat ini juga, lebih kurang jam 10.54 pagi tadi diadakan bacaan al-Faatihah secara serentak di SKB bersama seluruh rakyat Malaysia yang lain. Bendera Malaysia di SKB juga dikibarkan separuh tiang bagi menandakan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa-mangsa MH17. Moga roh mereka ditempatkan bersama para solehin dan mendapat pengampunan daripada-Nya... amiinnn










Bacaan Yaasin untuk M17

Pada pagi Jumaat 22 Ogos 2014 yang penuh berkat ini, pihak sekolah telah mengadakan bacaan Yaasin dan didoakan khas untuk arwah para penumpang MH17 yang dijadualkan akan tiba di Malaysia pada pagi ini. Disamping itu tidak lupa juga doa dipohon untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR dalam tempoh yang terdekat ini.

Moga dengan usaha para guru, kakitangan warga SKB juga murid-muridnya akan mendapat limpahan rahmat dan berakah daripada-Nya..... aamiiinnnn





Sunday, August 10, 2014

Majlis Sumbangan Sempena Aid Fitri 1435H/2014M

Pada 25 Julai yang lalu telah berlangsung Majlis Sumbangan Sempena  Aid Fitri kepada murid-murid kurang berkemampuan. Seramai 101 murid telah dikenalpasti dan setiap dari mereka telah diberikan RM40. Duit tersebut adalah hasil kutipan daripada guru-guru, para ibu bapa, kakitangan SKB juga hasil derma daripada murid-murid SKB sendiri. Semoga segala sumbangan mendapat ganjaran yang selayakknya daripada yang Esa, amiiinn.....











Tuesday, July 22, 2014

Ceramah Nuzul al-Quran SKB 2014

Sebagaimana yang telah diketahui, dalam bulan ramadan ini berlakunya peristiwa penurunan al-Quran atau Nuzul al-Quran. Panitia Agama Islam SKB sebagaimana biasa telah mengadakan program tersebut pada 18 Julai yang lalu.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Sobihah binti Haji Hassan yang merupakan salah seorang guru GPI SKB. Di akhir ceramah, sesi soal jawab atau kuiz diadakan untuk semua tahap murid dan disediakan hadiah bagi murid yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat.

Moga program baik sebegini boleh diteruskan untuk masa-masa akan datang.










Program Iftor Jamaie dan agihan duit zakat/bantuan raya kepada anak yatim SKB 2014

Pada 18 Julai 2014, hari sabtu telah berlangsung Program Iftor Jamaie, Pengagihan Duit Bantuan Anak Yatim SKB juga Solat Terawih berjamaah telah diadakan di SKB.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar berkat usahasama dan kerjasama semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru dan semua warga SKB termasuk Puan Suzi, pengusaha kantin SKB.

Program berakhir lebih kurang jam 10 malam iaitu solat terawih berjamaah di dewan SKB. Moga segala usaha dan penat lelah semua pihak ini akan dilimpahi barakah lebih-lebih lagi bersempena dalam bulan yang mulia ini... aamiiinn yaa rabbal 'alamiinn!



















Sunday, July 20, 2014

Program Tadarus Al-Quran Ramadan

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, SKB meneruskan tradisi program Tadarus Al-Quran dengan membahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap satu dan tahap dua.

Tahap satu (darjah 1,2 & 3) akan membaca juz 30 manakala tahap dua (darjah 4,5 & 6) pula akan bermula juz pertama hingga juz 30. Kedua-dua tahap akan dikumpulkan di dewan SK Beseri dan dibahagikan mengikut kumpulan dan jadual masing-masing.