slideshow surau SKB

Thursday, February 13, 2014

Salam Jumaat al-Mubaarakah & Bacaan Yaasiin

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Program bacaan Yaasiin, dijalankan sebagaimana biasa iaitu setiap hari jumaat secara mingguan. Moga hari penghulu segala hari ini, akan dilimpahi dengan keberkatan dan dilindungi daripada segala wabak penyakit, bala bencana, kesusahan dan kesukaran, amiin yaa rabbal 'aalamiin......






Jom Solat & 1 Murid 1 Sukan

Sebagaimana yang telah diprogramkan setiap aktiviti petang akan diwajibkan semua murid dan guru menunaikan solat Zohor dan Asar secara berjamaah di Surau al-Hidayah SKB. Riadah, riadah juga, solat tetap keutamaan. Pepatah arab ada menyebut :

العقل السليم في الجسم السليم


(A sound mind in a sound body)
Minda yang cerdas bermula daripada tubuh badan yang sihat







Tuesday, February 4, 2014

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia 2014M / 1435H

Pada 21 Januari yang lalu telah berlangsung sambutan maulidur Rasul saw Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia di UTM, Skudai, Johor Darul Takzim.

SKB telah diwakili oleh Guru Besar sendiri, iaitu En. Jafri bin Othman dan seorang Guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab iaitu Ustaz Najmuddin bin Ghani untuk bersama dan sebagai wakil surau SKB yang telah menjadi Johan Pengimarahan Surau peringkat Negeri Perlis.

Dalam sambutan tersebut, telah diumumkan juga pemenang Program Pengimarahan Surau Peringkat Kebangsaan dan surau SKB telah mendapat saguhati . Ini bermakna, surau SKB antara yang terbaik di antara 25 surau sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia yang telah terpilih ke peringkat Kebangsaan. Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan warga SKB yang bertungkus-lumus dan bersama-sama mengimarahkan surau kita hingga diangkat sebagai antara yang terbaik di Malaysia.












GB sedang menerima sijil pengimarahan surau peringkat KPM