slideshow surau SKB

Sunday, March 30, 2014

SKB sentiasa mendoakan untuk MH370


Ya Allah, Selamatkanlah MH370 ....

Pada tarikh 14 Mac yang lalu iaitu pada hari jumaat, pihak pentadbir SKB dengan kerjasama Panitia Agama Islam dan j-QAF SKB telah mengadakan Solat Sunat Hajat Khas untuk mendoakan kesejahteraan kepada semua penumpang dan anak kapal Boeing 777-200, MH370 yang telah hilang dari radar ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.

Semoga dengan sedikit usaha yang termampu ini akan dilimpahi rahmah dan berkat dari Yang Esa untuk warga SKB atas keperihatinan untuk bersama-sama seluruh Rakyat Malaysia khasnya, bahkan seluruh dunia amnya dalam mendoakan yang terbaik untuk MH370.