slideshow surau SKB

Sunday, June 29, 2014

أهلا وسهلا يا رمضان ..... رمضان كريم، الله أكرم !



Pelancaran "Tabung Mahabbah" sempena Ramadan 2014

Pada 30 Jun 2014M bersamaan 2 Ramadan 1435H Guru Besar SKB, En Jafri bin Othman dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah melancarkan tabung "Mahabbah" sepanjang bulan Ramadan ini. Tabung ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk sama-sama meraikan kedatangan hari raya yang bakal menjelma pada 1 syawal nanti. 

Menurut Guru Besar, tabung tersebut juga telah dilancarkan pada tahun lepas dan kutipan dianggarkan melebihi RM800. Beliau berharap pada tahun ini kutipan akan dapat dalam jumlah yang lebih besar.

Kepada murid-murid, guru-guru dan ibubapa mahupun individu luar yang berminat untuk menderma amatlah dialu-alukan dan tabung tersebut akan diletakkan di dewan sekolah setiap kali waktu rehat.

Jom sama-sama kita menderma lebih-lebih lagi dalam bulan yang amat mulia dan penuh berkat ini, semoga ia akan dinilai dan diberikan ganjaran yang setimpal, in sya Allah ....







Tuesday, June 17, 2014

Gotong Royong Taman Herba Surau al-Hidayah



Khemah Ibadat Tahun 6 di Kem Pahlawan, Jitra Kedah

Pada tanggal 10-11 Mei 2014, bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah, hasil usahasama Surau al-Hidayah SKB dan Panitia Pendidikan Islam telah berlangsung Khemah Ibadat khas untuk tahun 6 sahaja. Khemah ibadat ini julung-julung kali diadakan di luar kawasan sekolah, bahkan di luar Negeri Perlis sendiri. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti latihan azan dan iqamah, teori dan praktikal solat secara menyeluruh, pemahaman berkaitan kotoran dan najis untuk dibawa bersolat dan sebagainya. Semoga khemah ibadat ini memberi seribu satu pengalaman baru kepada murid-murid skb.... Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.