slideshow surau SKB

Tuesday, July 22, 2014

Ceramah Nuzul al-Quran SKB 2014

Sebagaimana yang telah diketahui, dalam bulan ramadan ini berlakunya peristiwa penurunan al-Quran atau Nuzul al-Quran. Panitia Agama Islam SKB sebagaimana biasa telah mengadakan program tersebut pada 18 Julai yang lalu.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Sobihah binti Haji Hassan yang merupakan salah seorang guru GPI SKB. Di akhir ceramah, sesi soal jawab atau kuiz diadakan untuk semua tahap murid dan disediakan hadiah bagi murid yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat.

Moga program baik sebegini boleh diteruskan untuk masa-masa akan datang.










Program Iftor Jamaie dan agihan duit zakat/bantuan raya kepada anak yatim SKB 2014

Pada 18 Julai 2014, hari sabtu telah berlangsung Program Iftor Jamaie, Pengagihan Duit Bantuan Anak Yatim SKB juga Solat Terawih berjamaah telah diadakan di SKB.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar berkat usahasama dan kerjasama semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru dan semua warga SKB termasuk Puan Suzi, pengusaha kantin SKB.

Program berakhir lebih kurang jam 10 malam iaitu solat terawih berjamaah di dewan SKB. Moga segala usaha dan penat lelah semua pihak ini akan dilimpahi barakah lebih-lebih lagi bersempena dalam bulan yang mulia ini... aamiiinn yaa rabbal 'alamiinn!



















Sunday, July 20, 2014

Program Tadarus Al-Quran Ramadan

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, SKB meneruskan tradisi program Tadarus Al-Quran dengan membahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap satu dan tahap dua.

Tahap satu (darjah 1,2 & 3) akan membaca juz 30 manakala tahap dua (darjah 4,5 & 6) pula akan bermula juz pertama hingga juz 30. Kedua-dua tahap akan dikumpulkan di dewan SK Beseri dan dibahagikan mengikut kumpulan dan jadual masing-masing.