slideshow surau SKB

Monday, September 21, 2015

JOM PUASA SUNAT HARI ARAFAH


*** 9 Zulhijjah pada tahun ini bersamaa dengan 23 September 2015 (hari Rabu)

Hari Arafah -9 Zulhijjah- adalah hari yang mulia saat di mana datang pengampunan dosa dan pembebasan diri dari siksa neraka. Pada hari tersebut disyari’atkan amalan yang mulia yaitu puasa. Puasa ini disunnahkan bagi yang tidak berhaji.

Puasa Arafah adalah amalan yang disunnahkan bagi orang yang tidak berhaji.
Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
Puasa Arofah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim no. 1162)

Imam Nawawi dalam Al Majmu’ (6: 428) berkata, “Adapun hukum puasa Arafah menurut Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah: disunnahkan puasa Arafah bagi yang tidak berwukuf di Arafah. Adapun orang yang sedang berhaji dan saat itu berada di Arafah, menurut Imam Syafi’ secara ringkas dan ini juga menurut ulama Syafi’iyah bahwa disunatkan bagi mereka untuk tidak berpuasa karena adanya hadis dari Ummul Fadhl.”
Ibnu Muflih dalam Al Furu’ -yang merupakan kitab Hanabilah- (3: 108) mengatakan, “Disunatkan melaksanakan puasa pada 10 hari pertama Dzulhijjah, lebih-lebih lagi puasa pada hari kesembilan, yaitu hari Arafah.

Demikian disepakati oleh para ulama.”
Adapun orang yang berhaji tidak disunnahkan untuk melaksanakan puasa Arafah.

عَنْ أُمِّ الْفَضْلِ بِنْتِ الْحَارِثِ أَنَّ نَاسًا تَمَارَوْا عِنْدَهَا يَوْمَ عَرَفَةَ فِي صَوْمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ هُوَ صَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَيْسَ بِصَائِمٍ فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِقَدَحِ لَبَنٍ وَهُوَ وَاقِفٌ عَلَى بَعِيرِهِ فَشَرِبَهُ
“Dari Ummul Fadhl binti Al Harits, bahwa orang-orang berbantahan pada hari Arafah tentang puasa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagian mereka mengatakan, ‘Beliau berpuasa.’ Sebagian lainnya mengatakan, ‘Beliau tidak berpuasa.’ Maka Ummul Fadhl mengirimkan semangkok susu kepada beliau, ketika beliau sedang berhenti di atas unta beliau, maka beliau meminumnya.” (HR. Bukhari no. 1988 dan Muslim no. 1123).

Mengenai pengampunan dosa dari puasa Arafah, para ulama berselisih pendapat. Ada yang mengatakan bahwa yang dimaksud adalah dosa kecil. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Jika bukan dosa kecil yang diampuni, moga dosa besar yang diringankan. Jika tidak, moga ditinggikan darjat.” (Syarh Shahih Muslim, 8: 51)

Sedangkan jika melihat dari penjelasan Ibnu Taimiyah rahimahullah, bukan hanya dosa kecil yang diampuni, dosa besar bisa terampuni karena hadits di atas sifatnya umum. (Lihat Majmu’ Al Fatawa, 7: 498-500).

Setelah kita mengetahui hal ini, tinggal yang lagi penting melaksanakannya. Oleh itu marilah sama-sama kita melaksanakan tuntutan ini dan sampaikanlah ilmu dan peringatan ini kepada saudara-mara, rakan-rakan serta semua yang mengenali anada kerana sabda Rasullullah saw, maksudnya :

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. M uslim).

Wallahu ta'aala a'lam

HIKMAH & RAHSIA HAJI


HIKMAH DAN RAHSIA HAJI

Beberapa rahsia yang dapat dikutip dari Ibadat Haji, antaranya;

1-Mengukuhkah tauhid dalam jiwa. Maka disyariatkan Talbiyah.

2- Mengagungkan bimbingan para Nabi dan kesan peninggalan ajaran mereka. Seperti tawaf di Kaabah dan Saei. Wuquf di Arafah serta melontar.

3- Tarbiyah akhlaq yang mulia; bersifat pemaaf dan lemah lebut dengan orang lain yang datang dari pelbagai budaya dan adat.

4- Perhubungan sesama umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia dan bertukar manfaat.

5- Maslahat dan kebaikan dunia dapat diperolehi dalam pertemuan di musim haji.

6- Kesucian tempat dan kemuliaan waktu dengan beberapa amalan haji yang disyariatkan oleh Allah.

7- Terkumpul padanya pelbagai jenis ibadat;
Ibadat jasmani, harta, perbuatan dan meninggalkan larangan.

8- Keluasan dan kelonggaran dari sudut hukum melalui hadis "if'al wa la haraj" ketika baginda ditanya di Mina tentang tertib amalam haji pada hari tersebut.
Berbeza dengan hukum solat dan lain-lain ibadat.

[Al-Haj syarah Bulugh al Maram 21-30]

*AAM, Mina. Hari Haji Akbar 1435H.

Sumber : Dr Abu Anas Madani

Program Tatacara Penyembelihan (Teori & Praktikal) - Fasa 1

Demo dari cikgu Norhaya & Ustaz Najmuddin




sesi membersihkan burung puyuh





Teringin nak sembelih, tapi sekerat jalan jer... lepas tu duk teryak, hehe

Terima kasih juga kpd Teacher Marhanis

Monday, September 7, 2015

SELANGKAH SEBELUM UPSR 2015......Doa dibaca, moga diberkati segala usaha, kejayaan terus dijana, dunia akhirat kekal bahagia





Solat Hajat, Solat Dhuha & Bacaan Yaasiin Bersama Ibubapa sempena UPSR 2015

Ketika Anak-anak tahun 6 di dewan menjawab peperiksaan UPSR, para ibubapa, guru besar serta guru-guru lain melaksanakan solat hajat, solat Dhuha dan membaca Yaasiin memohon agar dipermudahkan urusan anak-anak untuk menjawab soalan dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang, cemerlang dunia....cemerlang akhirat, in sya Allah .... amiiinnn!!