slideshow surau SKB

Saturday, January 18, 2014

..... sekitar ceramah Maulidur Rasul SAW 2014

Us Dr. Ahmad Bashir bin Aziz, dari UUM Sintok, Kedah sedang menyampaikan ceramah

Dif-dif kehormat

tikar pun tikar la, seronok dengan hembusan bayu malam.... bessttt

penuh dewan SKB, terima kasih atas sokongan semua.....

MAJLIS BICARA ILMU : CERAMAH PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW 1435H / 2013M

Sempena Mengingati Peristiwa kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, pihak sekolah dengan kerjasama KRT Taman Beseri Indah akan menganjurkan Majlis Bicara Ilmu dengan tajuk : "Cabaran Semasa: Mendidik Anak Cara Rasulillah SAW. Penceramah yang telah diundang ialah Dr. Ahmad Bashir bin Aziz daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

        Hadirlah beramai-ramai demi menunjukkan rasa kecintaan kita kepada Rasulillah SAW dan mengutip mutiara ilmu yang bakal dikongsi untuk mendidik generasi anak-anak Beseri khasnya demi memantapkan jati diri, rohani dan jasmani seterusnya melahirkan masyarakat rabbani di masa hadapan, InsyaAllah.

Monday, January 13, 2014

Kenali Rasulullah SAW

Nama : Muhammad
Bapa : Abdullah
Ibu : Aminah

Ibu susuan : Halimah As-Sa'diyah

Pekerjaan :
(1) Pengembala
(2) Peniaga
(3) Penamat Segala Nabi dan Rasul

Tarikh Lahir : 12 Rabii'ul Awwal Tahun Gajah. Hari Isnin

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah

Tempat Tinggal :
(1) Mekah (sehingga baginda berumur 53 tahun)
(2) Madinah Al-Munawwarah (selepas berhijrah sehingga umur baginda 63 tahun)

Isteri-Isteri baginda :
1) Khadijah binti Khuwailid
2) saudah binti Zam'ah
3) 'Aisyah binti Abi Bakr
4) Habsah binti Umar al-Khattab
5) Ummu Salamah
6) Juwairiyyah binti al-Haarith
7) Ummu Habibah
8) Zainab binti Jahsy
9) Sofiyyah binti Huyiy
10) Zainab  binti Khuzaimah
11) Maimunah binti al-Haarith
12) Mariah al-Qibtiyyah

Anak-Anak Lelaki :
1) al-Qaasim
2) Abdullah
3) Ibrahim

Anak-Anak Perempuan :
1) Zainab
2) Ruqoyyah
3) Ummu Kalthum
4) Fatimah

Tarikh kewafatan Rasulullah :
12 Rabi'ul Awwal, Tahun ke 11 selepas hijrah.
Hari kewafatan sama dengan hari kelahiran baginda saw.



Nasyid - Dia Kekasih Allah (Hijjaz)

Nasyid Rasulullah sempena Maulidur Rasul SAW .... jom hayati bait-bait liriknya.

Salam Maulidur Rasulullah SAW


Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ...
صلوا على النبي  ....... !ة

Jom berselawat bersama-sama ....!!

 selawat maulidur rasul

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
* kredit : atienstory