slideshow surau SKB
Tuesday, November 12, 2013
Thursday, October 24, 2013
Program "JOM SOLAT" anjuran SPI, JPNPs & SMK Tuanku Lailatul Shahreen 2013
Pada Rabu, 23 Oktober 2013, guru-guru pendidikan Islam SKB telah dijemput untuk menghadiri Program "Jom Solat" anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk bersama-sama menyertai program tersebut yang julung-julung kali diadakan bagi kategori sekolah menengah. Program tersebut telah dianjurkan secara bersama SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar Perlis.
InsyaAllah, SKB pula akan dipilih bagi pelancaran "Jom Solat" untuk peringkat sekolah rendah pula yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sunday, October 20, 2013
PANDUAN SOLAT SUNAT AIDIL ADHA
Waktu solat ini dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.
Hukum bagi solat hari raya ini adalah sunat muakkad bagi lelaki & wanita, bermukim atau musafir.
Cara mengerjakannya:
1) Setibanya di masjid, sebelum duduk disunatkan untuk menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat.
Lafaz niat solat Tahiyatul Masjid:
2) Kemudian duduklah bertakbir hingga tiba waktu solat sunat Aidil Fitri berjemaah. Lafaz niat solat sunat Aidil Fitri ialah;
Ertinya; "Aku solat sunat Aidil Fitri 2 rakaat (makmum/imam) kerana Allah taala"
Lafaz niat solat sunat Aidil Adha pula ialah;
3) Pada rakaat pertama sesudah takbiratul ihram, bacalah doa iftitah, kemudian bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 7 kali & setiap habis takbir disunatkan membaca:
4)
[Solat Bersendirian] Setelah bertakbir 7 kali & membaca tasbih
tersebut. kemudian bacalah Al-Fatihah & disambungkan dengan bacaan
surah yang disukai, yang lebih utama membaca surah al-Qaf atau surah al-A'laa (Sabbihisma Rabbikal).
5) [Solat Berjemaah] Setelah bertakbir 7 kali & membaca tasbih tersebut, dengarkanlah bacaan daripada imam.
6) Pada rakaat ke-2, bertakbirlah sebanyak 5 kali &
setiap takbir disunatkan membaca tasbih tersebut seperti pada rakaat
pertama tadi. Kemudian bacalah Al-Fatihah & diteruskan dengan bacaan
surah yang kita sukai (jika berjemaah, sekadar mendengar bacaan imam).
Lebih utama adalah membaca surah al-Ghasyiah.
7)
Khutbah dilakukan sesudah solat sunat hari raya 2 rakaat. Iaitu pada
khutbah pertama takbir dibaca 9 kali & pada khutbah ke-2 takbir
dibaca 7 kali & pembacaannya adalah berturut-turut.
Perkara-perkara yang dilakukan sebelum solat hari raya.
1) Disunatkan mandi & berhias dengan pakaian yang terbaik & bau-bauan yang diharuskan.2) Sunat makan sebelum solat sunat Aildil Fitri & sunat makan selepas solat sunat bagi Hari Raya Aidil Adha.3) Pergi mengerjakan solat & pulang dengan menggunakan jalan yang berlainan.4) Membaca takbir.5) Pada Hari Raya Aidil Fitri disunatkan bertakbir bermula dari terbenam matahari sehingga imam berdiri untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya.6) Pada Hari Raya Haji disunatkan bertakbir dimulai dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) pada tiap-tiap solat Fardhu yang 5 sehingga waktu asar 13 Zulhijjah.7) Disunatkan juga berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana sabda Nabi SAW menyebutkan bahawa;
"Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu & setahun yang akan datang." [HR Muslim]
Pada
Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha digalakkan kanak-kanak, orang
tua & muda supaya menunaikannya, bahkan wanita-wanita yang sedang
haid pun dianjurkan keluar ke padang sekalipun mereka tidak ikut
bersolat.
Nabi SAW bersabda;
Ertinya; "Daripada Ummi 'Athiyah katanya; "Kami diperintahkan pergi solat hari raya, bahkan anak-anak gadis keluar daripada pingitannya. Juga perempuan-perempuan yang sedang haid tetapi mereka hanya berdiri sahaja di belakang orang ramai & turut takbir & berdoa bersama-sama & mereka mengharapkan beroleh keberkatan & kesucian hari itu."
Dipetik dan diolah drp syarqahwardah.blogspot.com
Wednesday, October 2, 2013
Surau Nur al-Hidaayah menerima tetamu
Pada 2 Oktober 2013, surau Nur al-Hidaayah menerima kunjungan daripada Ustaz Mohamad Shahriz bin Sultan Ahmad, Penyelia KAFA Jabatan Agama Islam Perlis. Terima kasih atas segala cadangan dan saranan untuk mengimarahkan lagi surau kami.
شكرا على حسن انتباهكم لنا و جزاكم الله جيرا الجزاء
شكرا على حسن انتباهكم لنا و جزاكم الله جيرا الجزاء
Tuesday, October 1, 2013
Tahniah!! Surau Nur al-Hidayah SKB muncul Juara sebagai Surau terbaik Peringkat Negeri Perlis
Alhamdulillah berkat kerjasama semua warga SKB, Surau Nur al-Hidayah SKB telah muncul sebagai johan Pertandingan Pengurusan Imarah Surau Terbaik, peringkat Negeri Perlis tahun 2013. Ini bermakna Surau Nur al-Hidayah SKB akan mewakili Negeri Perlis untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan 2013 nanti.
Wakil GPI & j-QAF ustazah Zaini menerima plak drp GB |
Sijil Pengiktirafan juga diterima |
Monday, September 30, 2013
Sunday, September 29, 2013
Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)