Waktu solat ini dimulai dari terbit matahari sampai tergelincirnya.
Hukum bagi solat hari raya ini adalah sunat muakkad bagi lelaki & wanita, bermukim atau musafir.
Cara mengerjakannya:
1) Setibanya di masjid, sebelum duduk disunatkan untuk menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat.
Lafaz niat solat Tahiyatul Masjid:
2) Kemudian duduklah bertakbir hingga tiba waktu solat sunat Aidil Fitri berjemaah. Lafaz niat solat sunat Aidil Fitri ialah;
Ertinya; "Aku solat sunat Aidil Fitri 2 rakaat (makmum/imam) kerana Allah taala"
Lafaz niat solat sunat Aidil Adha pula ialah;
3) Pada rakaat pertama sesudah takbiratul ihram, bacalah doa iftitah, kemudian bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 7 kali & setiap habis takbir disunatkan membaca:
4)
[Solat Bersendirian] Setelah bertakbir 7 kali & membaca tasbih
tersebut. kemudian bacalah Al-Fatihah & disambungkan dengan bacaan
surah yang disukai, yang lebih utama membaca surah al-Qaf atau surah al-A'laa (Sabbihisma Rabbikal).
5) [Solat Berjemaah] Setelah bertakbir 7 kali & membaca tasbih tersebut, dengarkanlah bacaan daripada imam.
6) Pada rakaat ke-2, bertakbirlah sebanyak 5 kali &
setiap takbir disunatkan membaca tasbih tersebut seperti pada rakaat
pertama tadi. Kemudian bacalah Al-Fatihah & diteruskan dengan bacaan
surah yang kita sukai (jika berjemaah, sekadar mendengar bacaan imam).
Lebih utama adalah membaca surah al-Ghasyiah.
7)
Khutbah dilakukan sesudah solat sunat hari raya 2 rakaat. Iaitu pada
khutbah pertama takbir dibaca 9 kali & pada khutbah ke-2 takbir
dibaca 7 kali & pembacaannya adalah berturut-turut.
Perkara-perkara yang dilakukan sebelum solat hari raya.
1) Disunatkan mandi & berhias dengan pakaian yang terbaik & bau-bauan yang diharuskan.
2) Sunat makan sebelum solat sunat Aildil Fitri & sunat makan selepas solat sunat bagi Hari Raya Aidil Adha.
3) Pergi mengerjakan solat & pulang dengan menggunakan jalan yang berlainan.
4) Membaca takbir.
5)
Pada Hari Raya Aidil Fitri disunatkan bertakbir bermula dari terbenam
matahari sehingga imam berdiri untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya.
6)
Pada Hari Raya Haji disunatkan bertakbir dimulai dari Subuh pada Hari
Arafah (9 Zulhijjah) pada tiap-tiap solat Fardhu yang 5 sehingga waktu
asar 13 Zulhijjah.
7) Disunatkan juga berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana sabda Nabi SAW menyebutkan bahawa;
"Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu & setahun yang akan datang." [HR Muslim]
Pada
Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha digalakkan kanak-kanak, orang
tua & muda supaya menunaikannya, bahkan wanita-wanita yang sedang
haid pun dianjurkan keluar ke padang sekalipun mereka tidak ikut
bersolat.
Nabi SAW bersabda;
Ertinya;
"Daripada Ummi 'Athiyah katanya; "Kami diperintahkan pergi solat hari
raya, bahkan anak-anak gadis keluar daripada pingitannya. Juga
perempuan-perempuan yang sedang haid tetapi mereka hanya berdiri sahaja
di belakang orang ramai & turut takbir & berdoa bersama-sama
& mereka mengharapkan beroleh keberkatan & kesucian hari itu."
Dipetik dan diolah drp syarqahwardah.blogspot.com