PUASA 9 & 10 MUHARRAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT BERPUASA...
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya
mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda
Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang
lalu."
(Riwayat Muslim)
---------------------
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
---------------------
Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari
sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari
ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu
ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka
hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai
perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari
sesudahnya."
(Riwayat Imam Ahmad)
p/s : Kalau tidak
dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan
11 Muharram... Tidak semestinya berpuasa berturut-turut 9, 10 dan 11
Muharram tu... Asalkan digandingkan dengan 10 Muharram itu pun sudah
memadai... Semata-mata hanya untuk membezakan puasa dengan orang
Yahudi...
13 November 2013 = 9 Muharram 1435
14 November 2013 = 10 Muharram 1435
15 November 2013 = 11 Muharram 1435
SELAMAT BERPUASA SUNAT