Sempena Mengingati Peristiwa kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, pihak sekolah dengan kerjasama KRT Taman Beseri Indah akan menganjurkan Majlis Bicara Ilmu dengan tajuk : "Cabaran Semasa: Mendidik Anak Cara Rasulillah SAW. Penceramah yang telah diundang ialah Dr. Ahmad Bashir bin Aziz daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.
Hadirlah beramai-ramai demi menunjukkan rasa kecintaan kita kepada Rasulillah SAW dan mengutip mutiara ilmu yang bakal dikongsi untuk mendidik generasi anak-anak Beseri khasnya demi memantapkan jati diri, rohani dan jasmani seterusnya melahirkan masyarakat rabbani di masa hadapan, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment