slideshow surau SKB

Saturday, January 18, 2014

Seminar Tasawwur Islam menurut Al-Quran & Al-Sunnah

Pada hari ini telah berlangsung satu seminar Tasawwur Islam Menurut Al-Quran & Al-Sunnah, di dewan Hotel Seri Malaysia, anjuran bersama Kedutaan Arab Saudi Islamic Counselor dan Pejabat Mufti Negeri Perlis. Us. Najmuddin bin Ghani antara yang mewakili SKB dan JPN Perlis untuk ke seminar tersebut. Seminar ini dibuat dalam kumpulan yang kecil lebih kurang 20 orang peserta sahaja untuk memaksimumkan impak keberkesanannya kepada para peserta.

Manakala peceramah-penceramah pula dibawa terus daripada negara Arab Saudi antaranya Syeikh Rasyid Al-Toyyar (Pakar rujuk dalam bidang Aqidah), Syeikh Sa'ad Al-Khathlaani (Pakar rujuk dalam bidang Tafsir), Syeikh Ahmad Al-Batly dan Syeikh Abdul Rahman Al-Baliihy.

Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dan akan berakhir pada jam 10.00 malam. Selain itu syeikh-syeikh tersebut akan mengadakan kuliah dan tazkirah di masjid-masjid sekitar Kangar, antaranya Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung) di Kuala Perlis, juga Masjid Putra di Kangar (sila rujuk jadual di bawah).


Dr. Rasyid Al-Toyyar

Dr. Sa'ad Al-Khathlaani

Sohibus Samahah Dr. Juanda bin Jaya, Mufti negeri Perlis sedang berucap

Dr. Ahmad Al-Batly



No comments:

Post a Comment