SKB telah diwakili oleh Guru Besar sendiri, iaitu En. Jafri bin Othman dan seorang Guru Pendidikan Islam/Bahasa Arab iaitu Ustaz Najmuddin bin Ghani untuk bersama dan sebagai wakil surau SKB yang telah menjadi Johan Pengimarahan Surau peringkat Negeri Perlis.
Dalam sambutan tersebut, telah diumumkan juga pemenang Program Pengimarahan Surau Peringkat Kebangsaan dan surau SKB telah mendapat saguhati . Ini bermakna, surau SKB antara yang terbaik di antara 25 surau sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia yang telah terpilih ke peringkat Kebangsaan. Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan warga SKB yang bertungkus-lumus dan bersama-sama mengimarahkan surau kita hingga diangkat sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
GB sedang menerima sijil pengimarahan surau peringkat KPM |
No comments:
Post a Comment